Friday 25 December 2009

Bahana Bas Ekspress 2 Tingkat


IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 1 pagi itu adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, kedua-duanya dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah.Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya identiti mangsa terakhir iaitu seorang wanita yang dipercayai berbangsa Melayu masih belum dikenal pasti.


Wan Abdullah berkata penungpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.
Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang."Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut."Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Sunday 20 December 2009

Akhirnya Polis Datang Jua.




Alhamdulillah Semalam 20hb jam 9.30 malam bertempat di dewan banjir Guar jering taklimat Skuad Ronda Sukarela akhirnya berjalan lancar dengan kehadiran pihak polis. Tidak seperti sebelum ini kegagalan pihak polis nyata amat mendukacitakan.Namun semalam kehadiran 3 pegawai polis telah memberi satu semangat baru kepada penduduk2...Turut hadir semalam adalah TKM 1 Dr mansor. Tujuan utama srs ini diadakan kerana sudah acapkali rumah2 penduduk sekitar mukim 21 dipecah masuk.Sehinggakan setiap minggu dan tidak keterlaluan setiap hari berlaku 2-3 kes pecah rumah dan kereta. Bertindak diatas maklumat dan pandangan orang ramai pihak jkkk guar perahu mengambil keputusan menubuhkan srs. Disini juga anda semua bolehlah memahami objektif utama srs :

Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
Membantu menguatkuasakan undang-undang;
Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

Dengan berlansungnya taklimat semalam,pihak polis telah memberi cadangan supaya pihak penduduk berdaftar dengan skim rondaan sukarela/rukun tetangga dibawah jabatan perpaduan negara(JPNIN). Ini kerana ianya mempunyai perlindungan dan sekurang2an terdapat kemudahan untuk berurusan dalam memudahkan perjalanan gerak kerja srs itu sendiri. Diantara kebaikan bila berdaftar SRS/RUKUN TETANGGA adalah seperti berikut :

1.Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.
2.Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.

3.Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.

4.Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran sekali.

5.Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :
a) Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00b) Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00c) Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00d) Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)e) Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00

OKLAH...PIHAK JKKK GUAR PERAHU AKAN MENGADAKAN TAKLIMAT BERSAMA JABATAN PERPADUAN NEGARA.TARIKH AKAN DIBERITAHU NANTI...SEKIAN JUMPA LAGI



Saturday 19 December 2009

Bukti Ke-Islaman Rasul Terdahulu


Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini.
Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia sehingga berlakunya hari kiamat.
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam. Sebagai contoh:
Nabi Adam as yang diperkirakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelah khalifah Allah dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan adapula yang membangkang.
Nabi idris as. merupakan keturunan Nabi Sits as. diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga
Nabi nuh as merupakan keturunan nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.
Nabi Hud as. adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.
Begitu juga Nabi Salleh as. merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Salleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagia besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Salleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.
Nabi Ibrahim as. juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan Nabi Luth as. adalah bersaudara dengan nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.
Nabi Ismail as. adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Ishaq as. adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub.
Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu juga dengan
Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala.
Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.
Nabi Yusuf as. anak Nabi Ya'kub as yang diutus oleh sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disampaing baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil.
Kemudian Nabi Ayub as. anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.
Nabi Zulkifli as. adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan. Begitu juga Nabi Syuaib as. keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeri Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa dan kepingan awan panas daripada langit.
Nabi Musa as. dan Nabi Harun as. diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat. Kemudian Nabi Daud as.dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.
Nabi Sulaiman as. adalah anak Nabi Daud as. beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daparipada mensyirikkannya. Kemudian
Nabi Ilyas as. merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat.
Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan. Nabi Ilyasa' as. diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang golongan 'Bintang Enam' dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastin dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa golongan 'Bintang Enam' mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
Nabi Yunus as. keturunan Nabi ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.
Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as. diutus kepada bangsa golongan 'Bintang Enam', agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa golongan 'Bintang Enam' sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
Nabi Isa as. adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad, kita lihat firman Allah SWT maksudnya:
"Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ".
(Surah Ali Imran ayat 59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani golongan 'Bintang Enam').
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya:
"Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi".
(Surah Maryam ayat 30)
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus".
(Surah Maryam ayat 36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya.
Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazaret daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu MengEsakan Allah SWT.
Di antara orang-orang golongan 'Bintang Enam' tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnya Allah telah mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya:
"Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam.
Padahal Al Masih sendiri berkata:
'Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.'
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.
Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa.
Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
(Surah Al Maidah ayat 72-73)
Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil 'Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu bagindapun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda.
Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata:
'Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.'
Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata:
'ini ialah sihir yang jelas nyata'.".
(Surah As Saaf ayat 6)
Firman Allah SWT lagi maksudnya:
"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Surah Al Ahzab ayat, 40)

Friday 18 December 2009

Malaysia Akhiri Kilauan Emas 20 tahun










Siapa sangka siapa menduga sebelum skuad 23tahun malaysia ke loas ramai yang tidak memberi harapan. Malaysia juga tidak dipandang oleh negara2 lain bahkan ada penyokong2 sendiri buat tak kisah jer... Penulis juga masih ingat apabila bekas setiausaha agong FAM Ibrahim saad memberi kritikan apabila skuad malaysia tidak meletak sebarang sasaran pada peringkat awal beberapa bulan sebelum kesana.Namun semua itu dibalas oleh skuad K.Rajagopal dengan Emas setelah kejayaan menewaskan vietnam 1-0 difinal.. Kejayaan itu pastinya membuatkan peminat2 yang sudah lama dahagakan kejayaan malaysia dimana2 kejohanan gembira dan berpuas hati.Walaupun sebelum ini banyak kritikan yang dilemparkan,peminat2 bola sepak beralih ke EPL dan bola sepak eropah semua itu pada hakikatnya jauh disudut hati pastinya mahukan bola sepak malaysia terus maju dan menjadi pesaingan kepada negara2 asia yang lain.

STATEGI K.RAJAGOPAL MENJADI

Jika anda amati pada perlawanan final khamis lalu,Separuh masa pertama pastinya menibulkan kerisauan kerana vietnam dilihat mengasak ke kubu malaysia,namun ternyata sentuhan k.rajagopal itu menjadi. dengan bermain corak bertahan dan mengharapkan serangan balas dari 3 orang melebihi garisan tengah lawan ternyata pemain vietnam gagal untuk merobek kubu pertahanan malaysia sehinggakan mereka letih pada separuh masa kedua.Dominasi babak kedua jelas milik skuad negara. Terbukti menerusi cubaan K Gurusamy yang sipi pada minit ke-46, tandukan Ahmad Fakri Saarani yang sedikit melewati palang pada minit ke-57 serta cubaan Norshahrul Idlan Talaha yang diselamatkan benteng lawan di atas garisan pada minit ke-62. Vietnam dipaksa lebih bertahan, dengan dihadkan sesekali mengatur ancaman yang ditangani cantik barisan benteng penuh berdisiplin diterajui Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Mohd Sabre Mat Abu dan Sharbinee di gawang. Pemecah kebuntuan gol akhirnya ditemui skuad negara pada minit ke-84. Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena badan pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam..Dan disitulah seluruh rakyat malaysia yang menyaksikan perlawanan itu bersorak gooolllllllllllllll !!!! golllllllllllllllllll !!!!! gollllllllllll... oklah apapun tahniah sekali lagi diucapakan...

Wednesday 16 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431


salam maal hijrah…Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum diMalaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.



“Hijrah itu pengorbanan,Hijrah itu perjuangan,Hijrah itu persaudaraan,Hijrah membentuk perpaduan…”

JOM BALIK AWAI PETANG NI !!


Hari penentuannya kini sudah tiba. Setelah mengatasi satu demi satu cabaran yang merintangi perjalanan skuad Malaysia ke perlawanan akhir maka tinggal hanya satu kubu lagi yang perlu digempur setelah gempuran pertama ke atas lawan yang sama terkulai di peringkat kumpulan.
Vietnam nampaknya seperti sebuah pasukan yang kebal kerana sehingga kini mereka menjadi pasukan tunggal yang belum menerima erti luka kekalahan sepanjang penyertaan mereka dalam saingan bola sepak Sukan SEA yang ke-25 ini.
Satu-satunya pasukan yang dapat menyekat Vietnam dari mencatat kemenangan adalah pasukan Thailand namun pasukan pilihan itu akhirnya terkeluar dari landasan ke final apabila dihentam badai pasukan Malaysia yang tiba-tiba menjadi perhatian walaupun pada satu ketika langsung tidak diberi harapan untuk menundukkan juara bertahan Asia Tenggara itu.

Faiz Juara PS2 DUN PENANTI


Rabu 16hb jam 8 malam seperti dirancang telah berlansung pertandingan PS2 pusingan akhir bertempat di yayasan aman penanti,Untuk mencari juara PS2 DUN PENANTI ANJURAN BERSAMA KOPERASI PEMUDA GUAR JERING DAN PUSAT KHIDMAT.. Seramai 8 orang peserta yang terdiri dari juara dan naib juara mewakili 4 kampung masing2.. Kemeriahan dapat dirasa apabila setiap kampung membawa penyokong masing2 sehingga mengamatkan suasana setiap kali jaringan gol dilakukan.. Aksi separuh akhir mencuri tumpuan apabila faiz dan amirul? membelasah lawan masing2 dan melayakkan mereka bertemu di final.Aksi final amat menarik sekali apabila kedua2 saling menjaringkan gol sehinggalah dimenangi mohd Faiz dengan 6-4.Perlawanan akhir itu juga turut disaksikan oleh TKM 1 Dr.mansor.. Beliau turut menyampaikan hadiah2 kepada semua peserta yang layak ke pusingan akhir.. Turut tidak ketinggalan apabila penonton2 juga memenangi cabutan bertuah.Oklah... Kepada mana2 pihak yang berminat untuk menjemput dalam penganjuran ps2. bolehlah hubungi wakil koperasi PEMUDA GUAR JERING ditalian 0194664559 mail/ atau 0174390360 mat. skian!

Monday 14 December 2009

Malaysia 3 Loas 1 membolehkan Malaysia ke final sukan sea.


Pertama sekali tahniah buat pemain bola sepak malaysia kerana telah berjaya ke final bola sepak sukan sea. kejayaan dicapai semalam pastinya membuatkan seluruh peminat terjaga dari mimpi sedang tido diatas duri setiap kali malaysia bertanding..kejayaan semalam pastinya mengingatkan kita betapa kekalahan memalukan kepada loas pada tahun 1997 dibawah kedalian wan jamak wan hassan dapat ditebus semula dengan lebih bermaruah. Pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional,VIENTIANE, Laos pemain malaysia ternyata tiada rasa gentar walaupun beraksi dihadapan 20 ribu penyokong lawan. Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol pertama seawal minit ke-12. Gol tersebut berpunca daripada hantaran silang Abdul Manaf Mamat dari sebelah kanan yang disudahkan dengan baik oleh Baddrol menerusi sepakan gunting.Separuh masa kedua pulak menyaksikan malaysia sedikit tertekan apabila diasak sehinggakan loas mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-72 menerusi rembatan Kanlaya Sysomvang, selepas dia memperdayakan benteng Malaysia.Tersentak dengan jaringan tersebut, K.Rajagopal mengarahkan anak buahnya melakukan serangan semula dan cara itu dilihat ternyata berjaya apabila badrol bakhtiar skali lagi menjaringkan gol.Gol tersebut berpunca dalam perebutan di depan gawang lawan apabila tendangan S Kunalan terkena palang gol sebelum Baddrol menyambar bola tersebut dan melepaskan rembatan kencangnya megelirukan penjaga gol Loas yang masih tergamam.Pada minit ke 84 Safiq Rahim menamatkan sisa sisa perjuangan Loas apabila menjaringan gol ke-3 malaysia melalui hantaran dari Norshahrul Idlan Talaha di depan gawang lawan,tampannya kemas ke jaring lawan. Dengan kejayaan semalam mengesahkan malaysia layak ke final dan akan bertemu dengan vietnam khamis ini jam 6 ptg.

Sunday 13 December 2009

PERTANDINGAN PS2 PUSINGAN AKHIR

gambar semasa mencari juara wakil kg guar jering
Amir menerima hadiah dari wakil KPGJ setelah muncul juara peringkat tmn guar perahu

Salam...Setelah berpusing di empat buah kampung akhirnya pihak koperasi pemuda guar jering berjaya mencari wakil2 kampung yang akan layak ke pusingan akhir untuk menentukan juara diantara juara-juara ps2 peringat dun penanti.Pusingan akhir akan berlansung pada rabu ini bertempat di Yayasan Aman,penanti jam 8 malam. Seramai 8 orang terdiri dari juara dan naib juara kg guar jering, taman guar perahu, padang ibu dan kampung petani akan berentap untuk dinobatkan sebagai juara terulung pertandingan playstation (PS2) piala Koperasi Pemuda Guar jering.Diharap anda dapat hadir bersama2 memeriahkan lagi suasana serta memberi sokongan kepada yang layak...ok jumpa disana.

Pemulaan Yang Baik Mengenai SRS

Pengerusi jkkk guar perahu saudara anuar abu hassan bersama2 penduduk
Menunggu rakan2 lain sebelum memulakan rondaan

Alhamdulillah..Seperti dimaklumkan mengenai taklimat Skuad Ronda Sukarela(SRS) sebelum ini dimana penduduk telah memberi respon cukup baik.Walaupun taklimat tersebut tanpa kehadiran pihak polis, namun ianya tidak melemahkan semangat penduduk2 sebaliknya secara tidak rasmi pihak kampung sudah memulakan tugas dengan melakukan rondaan setiap malam bermula sabtu lepas,rondaan pada malam itu bermula jam 1 pagi- 5pagi.oklah harap kawan2 semua dapat terus berbakti.taklimat dengan pihak polis akan diketahui dalam sehari dua lagi...mungkin hujung minggu ini.

Siaran Langsung Separuh Akhir Malam Niee..


Jangan lupa malam ini 14 dis 2009 siaran langsung bola sepak sukan sea diantara malaysia dan loas di tv 2 pukul 8.00malam....

Friday 11 December 2009

Malaysia Ke Separuh Akhir




Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir bola sepak sukan sea ke 25 di Vietiane,loas dengan menewaskan thailand 2-1.Bunyinya macam bermimpi tapi itulah kenyataan, sesuatu yang mustahil itu boleh dilakukan jika keyakinan serta usaha yang bersungguh-sungguh menguasai diri.Pertama sekali penulis ingin mengucapkan tahniah kerana mental pemain malaysia cukup kuat tidak seperti bertemu vietnam sebelum ini.Kejayaan menewaskan thailand memang patut seluruh rakyat mengucapkan syabas buat anak-anak didik k rajagopal. Ini kerana thailand sememangnya pasukan yang cukup handal,bahkan mengikut rekod mereka tidak pernah gagal ke separuh akhir sukan sea sejak tahun 1973.Namun rekod cemerlang itu akhirnya lebur di kaki-kaki pemain malaysia.Thailand yang dibimbing oleh Steve Darby yang juga bekas jurulatih perak akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.Malaysia yang ketinggalan pada minit 52 melalui jaringan Arthit Sunthorphit tidak berputus asa,sebaliknya mengandakan asakan dengan menyerang melalui sayap kiri dan kanan.sehinggalah minit ke 81 malaysia bangkit melalui jaringan penyamaan oleh Nasriq Baharom.Tersentak dengan jaringan itu Thailand menambah asakan ke kubu Malaysia namun pertahanan dan penjaga gol Malaysia bertahan dengan baik.Dalam arus serangan kilat pada minit ke 89 tolakkan daripada Nor Shahrul Idlan Talaha tepat kepada Ahmad Fakri yang hanya menolak masuk untuk menewaskan penjaga gol Thailand Kawin Thamsatchanan.Dengan kejayaan menewaskan Thailand,Malaysia akan bertemu juara kumpulan B iaitu Loas hari isnin ini.Manakala Vietnam akan bertemu Singapura.Semoga malaysia mara ke final sekaligus harapan muncul juara akhirnya..

Monday 7 December 2009

Fadhilat Membaca Bismillah


Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Kecewa,kecewa,kecewa dengan pihak polis




Salam buat semua..Seperti dirancang pada ahad yang lalu jam 9.30 malam bertempat didewan banjir kg Guar Jering telah berlangsung satu taklimat berkaitan dengan SKUAD RONDA SUKARELA(SRS).Sepatutnya taklimat itu melibatkan pihak jkkk,penduduk mukim 21 dan pihak polis.Namun amatlah mendukacitakan program yang dirancang dan dipersetujui sebulan yang lalu gagal dihadiri oleh pihak polis.Sedangkan pihak jkkk sudah mgedarkan risalah,banner mengenai taklimat oleh pihak polis.Bahkan untuk menyakinkan lagi pihak jkkk berulang kali telah mendapatkan kepastian tentang kehadiran mereka..Apa yang amat mengecawakan pegawai yang tidak boleh menghadirkan diri tersebut tidak memhantarkan wakil sebaliknya beliau talifon mengunakan public fon tidak dapat hadir pada malam itu disaat akhir.Dah la talifon pun last2 minit..guna public fon plak tu. Inikah sikap polis??? apakah pihak polis mahu kejadian pecah rumah ini mjadi semakin parah?? apakah tindakkan polis dah lakukan selepas berlaku laporan pecah rumah dll??? boleh dikatakan setiap malam berlaku kes seperti mencuri,pecah rumah,kedai,kereta dikawasan mukim 21,Namun sehingga sekarang apakah hanya ada laporan namun tiada tangkapan atau pun rondaan pihak polis sendiri???Pihak penduduk begitu semangat dalam membantu pihak polis untuk tubuhkan SRS.Bahkan kehadiran malam itu hadir tanpa fahaman politik,ini menunjukkan kami penduduk seruis dalam keselamatan kampung2 kami. Tetapi sikap lepas tangan/tangjwb pihak polis pada malam itu amat mengecawakan lebih 100 penduduk yang hadir...

Diharap selepas ini pihak polis ambil serius tentang soal janji,serius dalam soal berkaitan jenayah2 kerna bukan senang handak mengumpul penduduk yang sanggup berkhidmat secara sukarela demi kampung tercinta. Diharap juga penduduk2 yang hadir pada malam tersebut tidak lemah semangat apa yang berlaku sebaliknya jadikan ia sebagai satu pemulaan untuk kita terus bergerak dalam menjaga keselamatan kampung yang semakin terancam oleh pihak yang tidak bertanggjwab dalam melakukan kerja2 jenayah... oklah..insyallah kita jumpa lagi disuatu hari yang akan diberitahu kelak.

Tuesday 1 December 2009

HIKMAH BERZIKIR




Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan cahaya batin. Hati yang selalu diisi dengan Cahaya Zikir akan memancarkan Nur Allah dan akan mempengaruhi perilaku yang serba positif. Apabila melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan ketentraman hati dan menjadikan kita bersifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan indera keenamnya ( batin ). Ditinjau dari sisi ibadah, zikir merupakan latihan menuju Ikhlasnya hati dan Istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq ( Maha Pencipta ).

Ditinjau dari sisi kekuatan batin, zikir merupakan acuan terbaik dalam membentuk dan memperkuat Niat Hati, sehingga dengan izin Allah SWT, apa yang terdapat dalam hati, itu pula yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Dengan kata lain, zikir memiliki beberapa manfaat, diantaranya : Membentuk, Memperkuat Kehendak, Mempertajam Batin, sekaligus menjadikan ianya Ibadah. Dengan zikir seseorang itu mampu membersihkan dinding kaca batin, ibarat sebuah bohlam lampu yang tertutup kaca yang kotor, meyebabkan cahaya-sinarnya tidak muncul keluar secara maksimal. Melalui zikir, bererti membersihkan kotoran yang melekat sehingga kaca menjadi bersih dan cahaya-sinarnya bisa memancar keluar.

Sampai disini mungkin timbul suatu pertanyaan. Apakah zikir memiliki pengaruh terhadap kekuatan batin ? untuk menjawab pertanyaan ini, kiranya perlu diketahui bahawa hal tersebut merupakan sebahagian dari kurniaan Allah SWT.. Zikir adalah sesuatu perkara yang mudah kerana ianya tidak melibatkan pengerakan badan hanya dengan lidah,hati dan fikiran namun amat rugi bagi seseorang yang meninggalkan amalan tersebut kerana gajaran bagi orang yang berzikir amatlah besar..

Ketahuilah bahawa hikmah berzikir amat besar sekali:

1. Qs Al Ahzab:33-35, dihilangkan dosa-dosa dan membersihkanya dengan sebersih-bersihnya, karana Allah Maha mengetahui dan menyediakan keampuanan dan pahala yang besar.

2. Qs albaqarah:255-256 (hadis qudsi), Allah akan memberikan syafaat dan mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya.

3. memperoleh ketenangan hati dan ketentraman jiwa

4. memdapat keuntungan yang sangat besar dalam timbangan di yaumil akhir

5. dijauhkan dari segala tipu daya syaitan dan marabahaya

6. memperoleh keuntungan yang sangat besar didunia dan akhirat(Qs.Al Jumu’ah:9-10)

7. menjadikan ianya sebagai alat control pengendalian diri


Semoga selepas ini kita memperbanyakkan zikir dan usah terlalu lena dengan dunia semata2 kerana berzikir itu boleh dilakukan dengan berbagai cara tidak kira waktu mahupun tempat contohnya selepas solat, ketika memandu,membuai anak,ketika melakukan kerja mahupun rehat.Wallahu a'lam.