Tuesday 27 October 2009

Terima Kasih Diatas Pengorbanan Dan Tahniah Diatas Lantikkan

Tanggal 25 okt lalu..satu mesyuarat surau telah diadakan jam 9.30 malam. Mesyuarat bertujuan melantik pengerusi baru selepas peletakan jawatan saudara harun hamid.sebab perletakkan jawatan tersebut berkait rapat dengan satu teguran yg ditujukan beliau dan penduduk kg kepada sebuah keluarga yang telah melakukan kesilapan atau kesalahan,pastinya teguran tersebut bertujuan membawa kebaikan,tetapi sayang teguran itu dibalas sebaliknya.Penulis tidak mahu panjang lebarkan perkara ini,cuma sekadar renungan buat penulis dan pembaca betapa keadaan hari ini nahi mungkar bertambah sukar untuk dilaksanakan..Penulis juga ingin mengambil pandangan dan sedikit pendapat daripada ustaz muhammad fauzi daripada fikrah pendakwah yang bermaksud Dengan itu saya simpulkan di sini bahawa melakukan nahi mungkar tidaklah mudah sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian pihak. Mukadimah kepada nahi mungkar yang berjaya di sesetengah marhalah dakwah adalah amar makruf itu sendiri. Proses mendominasikan nilai-nilai yang baik di dalam masyarakat yang dilakukan sekarang akan banyak membantu kepada pencegahan perkara mungkar di masa akan datang. Banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan nahi mungkar agar perubahan yang berlaku itu adalah yang hakiki.
Wallahu a’lam. Moga Allah memberikan kita kekuatan.
Oklah... sebelum saya akhiri tulisan ini. penulis mahu ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada saudara harun hamid diatas jasa dan pergorbanan beliau selama 15tahun daripada setiausaha sehinggalah kepada pengerusi surau.. hanya Allah sahaja mampu membalas segala kebaikan,pergorbanan yang diberikan..dan ucapan tahniah diucapakan kepada pengerusi surau yang baru saudara mat azam abdullah,pastinya tanggujawab yang bakal dipikul ini berat namun percayalah anda mampu dan dengan harapan anda jua mampu memikirkan bagaimana untuk menarik golongan muda ke surau.sekian terima kasih....sesungguhnya yang baik itu datang dariNya..dan yang lemah itu datang daripada penulis sendiri.

Sunday 25 October 2009

Guar Jering Juara Piala AADK Peringkat Seberang Perai Tengah

Salam bertemu kembali... pada hari sabtu lepas,24hb. guar jering berjaya menjuarai bola sepak 9 sebelah anjuran agensi anti dadah kebanggsaan menewaskan kuala juru fc dengan kemenangan melalui penalti setelah kedua2 pasukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan. Perlawanan yang berlangsung di dataran semilang, juru itu berjaya menarik perhatian orang ramai. Guar Jering yang diwakili oleh kierin,lie tona,lie gj,nazarudin,bob,nazuan,naazrol,bain,gee dan akmal akhirnya berjaya memenangi kejuaraan itu walaupun dengan kemenangan penalti.Apa yang menarik kemenangan ini terlalu bermakna buat guar jering fc setelah lama dahagakan kejuaraan,sebelum mara ke final,GJ FC telah berjaya menewaskan 3 pasukan lain yang begitu handal2 belaka.Tetapi berbekalkan semangat yg jitu akhirnya GJ FC berjaya merempuhi tembok2 yang handal itu..Dengan kejuaraan itu,GJ FC akan mara ke peringkat negeri mewakili SPT.Doakan kejayaan GJ FC..warga blog Lie guar jering juga xmahu ketinggalan mengucapkan tahniah diatas kemenangan tersebut..sekian jumpa lagi....

Sunday 11 October 2009

Tahniah Dan Tunailah Tanggungjawab Yg Diamanahkan

Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat koperasi pemuda guar jering telah pun berjalan dengan lancar pada pagi ahad 11 hb dan telah pun didaftarkan.. Mesyuarat yang bermula jam 9.30 itu berakhir jam 12.30tgh.Ucapan terima kasih kepada yang hadir terutamanya wakil Suruhanjaya koperasi malaysia en shahrizan abdullah,pgerusi jkkk saudara anuar bin abu hassan, wakil Dsai, saudara abg non dan wakil TKM 1 saudara suhaimi..Tahniah diucapkan kepada yang dilantik menjadi lembaga koperasi pemuda guar jering. Tunaikan,laksanakan amanah dan harapan yang diberikan pada kalian sebaik2nya..Buktikan yang kalian boleh lakukan demi kampung tercinta. ingatlah!! Bangunnya kampung bermula dari kalian semua..Niatkan yang terbaik untuk kampung.terimakasih skali lagi diucapkan......

Thursday 8 October 2009

Jom Aktifkan Kembali..

Pihak Jkkk dibawah pemuda berharap pemuda2 guar jering dan sekitarnya dapat meluangkan masa untuk turun dalam gotong royong padang bola sepak pada hari sabtu 10hb okt 2009. Gotong royong ini juga mendapat bantuan dari mpsp.Pada petang itu diharap semua dapat turun untuk aktifkan kembali padang bola yang dah semakin sepi.. Pihak jkkk mk 21 guar perahu dan koperasi pemuda guar jering juga bercadang untuk mengadakan perlawanan/pertandingan dimasa akan datang.Oleh itu,marilah kita bersama2 untuk terlibat dalam setiap program yang dianjurkan..ingatlah !! bangunnya ssebuah kampung itu bermula dari pemudanya.ayuh !! kejayaan kampung kita tidak akan datang tanpa usaha dan pergorbanan dari kita sendiri..